Tuesday, August 7, 2012

Cucur Udang



Uhh....semalam coti sebab nuzul qur'an maka hawi ni keja pun mood coti. So blues monday tu hanya mainan minda je la kan. Asal Fisrtday keja konherm lemau.Tapi sebab Monday jadi hari pertama dalam minggu keja maka Monday sokmo jadi mangsa.Siannn monday. Tak pasal pasal sokmo dapat gelaran blues la..Black la..Monday tak bersalah ok...yang bersalah orang- orang yang nak menempuh hari monday taw! << tengok dah Monday, ada word hari lagi..apa cellloppp...

Opss..niat hati yang murni takmau berjebah-jebah birra burran posa ni kat belog. Patutnya tewus citer strait to the point gitu.Perghhh spiking london ekk.mentang2 Olimpik skang kat London.Tapi acik sedihhh la Dato Lee Chong Wei dapat pingat Perak je. Siann dia.Rejeki bukan untuk dia. Dia dah berusha kan..kan...kita yang tengok ni pun wase sedih apatah lagi dia yang main.lawi sana sinunzzz..kangkang sana sinunzzz nak amik bola tangkis dawi Lin Dan tu..phiewww memang mau gugur jantung acik nengok final badminton.(Haa...tgk final? tak pegi tawarihhh ke acikkk?syyy...ponteng jap)

Laaa...lalut ke badminton bagei ni apa kess...meh tengok cucur udang yang saya buat.sedap dan lembut.Saya singgah kat dapur si Rohah tu..teruja plak tengok cucur udang walaupun xleh makan udang benonya.Gatai!!.Tapi gatai gak nak buat sebab Rambo suka cucur udang. Yummy.memang marbeles la cucur udang ni.just nice...simple, lembut...Rohah ai share kat sini lak ye...muahhh!





CUCUR UDANG
Resepi:Norzie Hany
Sumber I : Rohah @ Damai Kalbu
Sumber II : CheAnn @ Dari Duniaku..

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 10 ekor udang
  • 20gm kucai
  • Segenggam tauge
  • 2 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng


Cara -cara
1.Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit, yis dan telur dengan air suam.
2.Masukkan kucai dan tauge dan gaul sebati.Perap sebentar sehingga adunan naik (saya perap 1 jam).
3.Panaskan minyak dan rendam senduk bulat di dalamnya.
4.Masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan bubuh udang di atasnya.
5.Goreng hingga cucur udang masak.
6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama sambal kacang atau sos cili.

Saya suka buat kuah cili and ni cara sos cili yang saya buat.Ala2 rohah jugak tapi ada sikkkittt lain



SOS CILI
Bahan-bahan

  • 7-10 tangkai cili merah yang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji buah tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam, gula dan perasa secukupnya


Cara-cara

  1. Cili, bawang putih & tomato blend
  2. Masak dengan air secukupnya dengan kadar api yang sederhana dan sentiasa kacau.
  3. Masak lama supaya cili tu benar2 masak...
  4. Pastu masukkan la garam gula, garam seckupnya...
  5. Masak hingga sos pekat ikut kepekatan yang anda suka...

( bole juga masukkan tepung jagung untuk memekatkan sos cili.dalam kes kali ni saya tak letak)


Saya memang suka tambah timun plak bila makan...
sedap...heee menten nak ada ulam 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...