Sunday, October 16, 2011

Patin Masak Tempoyak




Bila sebut masakan ni akan tergambarlah satu tempat kat pahang >> Temerloh. Situ memang glammer aa dengan  masakan ikan patin. Macam macam jenis patin..Tak hairan la Temerloh tu dapat gelaran bandar ikan patin. Patin sangkar dengan patin kolam memang jauh beza kesedapannya..itu pasal lain harga..sebab lain rasa. Asal balik kampong memang konherm beli patin sangkar dan masak tempoyak adalah masakan yang cukup senonim. Ekceli patin ni bole je masak cara lain..tapi kali ni nak citer aku masak tempoyak stail pahang...lebih kurang la..aku kan owang jawa jadi camno family in law aku masak camtu  la yg aku pektis...maybe ada cara lain..tapi cara pahang ni bagi aku memang sempoiii...

Meh jengok wesepi...takyah citer panjang...malasszz nak menaip..



PATIN TEMPOYAK
Resepi @ MIL  diolah oleh CheAnn

Bahan2
  • 1 ekor ikan patin
  • 2 senduk tempoyak
  • 2 papan petai
  • 1 biji timun tua
  • segengam daun kesum
  • 2 inci kunyit
  • 10-15 biji cili api (ikut kepedasan memasing)
  • Garam, perasa dan gula secukupnya
  • Air secukupnya




Cara2

  1. Ikan patin potong ikut besar sang tukang masak, basuh dengan limau nipis dan perap seketika untuk buang hanyir ikan
  2. Kikis kulit timun tua dan belah 2 buang bijinya,potong serong setebal 1 inci.Basuh tos.
  3. Petai dibelah2 dua basuh dan tos
  4. Tumbuk kunyit dan cabai hingga lumat
  5. Isi air dalam periuk agak agak hanya untuk ikan patin tu tenggelan.Masukkan tempoyak dan gaul mesra hingga sebati
  6. Kemudian masukkan timun, ikan dan petai dan masak la.
  7. Bila air dah mendidih masukkan kunyit dan cili yg telah ditumbuk, daun kesum, garam serbuk perasa, gula secukupnya.
  8. Masak dengan api sederhana.kacau sekali sekala untuk elak ikan hancur
  9. Bila semua dah agak sebati dan pekat tutup la api dapur...setel..
Yokkk mangan...^__^



Satu lagi peberet rambo anda family, makan jemput2 ikan bilis cicah masak tempoyak..perghhhh sedappp beb.Sudahnya skang aku pun suka..kakak pun suka.. sedapp banget...siyesss...try la..muahhh!

8 comments:

  1. Hello Ani, datang sini your blog macham kena torture.
    I think if you a police officer nak information from a crook, just put this patin masak tempoyak on the table, the crook not will give you all the info you need, but his mother's name too, ha ha ha.

    Really looks delicious....And I can just imagine the fantastic scents of the ingredients you used....buat your neighbours lintang pukang! Up to 5 houses away.

    If I your neighbour I beli durians, chimpedak, ikan kurau masin, ikan sepat masin bring your house, boleh dapat jemput makan.....ha ha ha.
    Ani, beautiful ladies like you are dangerous to bachelors!
    Have a nice day, and hold that lovely smile of yours.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Kechur air liyor koi...oak mer wey lah...
    mengkala nengok kek kramel tu boleh nyer tahan lagi tapi yang ni mmg koi tak leh tahan,,,,
    Zamz Jepun

    ReplyDelete
  3. Hang blk kg ka minggu lepas? Bak mai sekg...

    ReplyDelete
  4. Hii Uncle Lee

    Errkk sudah tuka nama plak...no more Rossa....hehe I memang nak touture you.Sapa suh dok obersi..meh la dok mesia...be my neighbour..then for sure you will always bertandang to my house...kikikik

    You not even taste this but already can taste. so power aa...but siyess memang yummy beb..hehe ( try to make your more torture....)

    Thanks and terima kasih seribu drop here..have a nice day...simpan satu lagu dalam hati ya..

    ReplyDelete
  5. Zam...ujan emas di negeri owang, ujan batu dinegeri sendiwi..memang dokleh lawan aa ikan patin ngan sushi..koi anto hok frozen ke japan mau..hehe.

    Take care and send my regards to Fatin..muahhhh!

    ReplyDelete
  6. Chah...habis doh lo..ini stock kiwiman kat owang barrik pahang daa...

    Next time...hehe

    ReplyDelete
  7. salam CA,
    emm terliur tengok ikan patin masak tempoyak.. teringin nak masak tapi tak tau camne nak pilih ikan patin yg ada kat pasar borong tu..size semua besar2..

    masa raya hari tu gi satu open house kawan husband, host tu hidang ikan patin masak tempoyak...first time makan..sedap sangat..ikan patin tu pun size kecil2..

    kalau ada tips nak mcm mana nak pilih ikan patin, share dgn saya ye..teringin sangat nak makan :D

    ReplyDelete